Artikel! Hina Islam Movie VS Realiti

Semakin hari semakin kita dikejutkan dengan pelbagai peristiwa yang dikatakan menghina Islam..Bermula dari kisah Alvian yang menunjukkan gambar kontorversi, kisah wanita Islam yang bertegas untuk memasuki Pertandingan Ratu cantik, kisah video raya bersama anjing dan yang terbaru kisah surau dijadikan tempat beribadat agama lain..


FIlem yang sangat kontroversi satu ketika dulu


Sangat berbangga apabila mengetahui umat Islam di Malaysia masih kukuh dan bersemangat dalam mempertahankan Islam dan tidak rela Islam dipandang remeh..TETAPI masih ada kekeliruan disini yang ingin dikongsi dan mungkin para pembaca boleh berkongsi pendapat..


Blogger yang sangat kontorversi telah menyebarkan gambar yang menghina Islam..Ramai pihak tampil termasuk yang bukan Islam untuk lapor pada polis tentang mereka berdua nie..TETAPI yang menjadi persoalan,adakah mereka sedar yang selama ini perkara ini sudah berlaku dalam media secara langsung atau pun secara tidak langsung..Anda pernah tengok game-game yang ada dipasaran ??Adakah game ini dibanned atau dilaporkan??



Bagaimana pula dengan filem-filem di Malaysia yang menunjukkan bagaiamana akidah orang MELAYU / ISLAM yang semakin teruk..Jika anda perasan,kebanyakan kelab di filem Melayu pasti dipenuhi orang melayu / Islam yang khusyuk berjoget, orang Melayu / Islam yang terlampau taksub dengan bomoh dan syirik dan orang Melayu / Islam yang menjadi gangster..Bukan ini juga salah satu perbuatan yang menjurus dan menggalakkan kepada kejatuhan akhlak umat ISlam..Bagaimana pula dengan filem sebegini??Ada sebarang tindakan di ambil ??




Bagaimana pula dengan isu video kontroversi beraya bersama anjing..Sebagai ISlam kita tidak boleh memegang anjing ketika basah dan harus disamak jika berbuat demikian..Walaupun Islam menggalakan kita supaya menghormati ciptaan Allah tetapi bukan dengan cara begini..Islam itu indah dan penuh dengan caranya yang sopan.


Video yang diterbit pada 2010 menjadi isu pada 2013 ?? selama tiga tahun ini tak kan tak ada yang tahu..Tetapi bagaimana pula cekerama,filem,iklan di media yang menunjukkan umat Islam sendiri berpakaian seksi dan dengan bangga mengatakan haknya untuk berpakaian sedemikian..Berpelukan,berpegang tangan dan bersama di atas satu katil dalam media..Adakah ini dibenarkan dan tidak menghina Islam ?? Mengapa ??




Bergaduh itu perkara biasa





Adakah perbuatan mereka ini dibenarkan ??Mereka sebagai artis yang menjadi tumpuan dengan bangga memakai pakaian sebegini dan di dalam filem sekalipun..Mereka melakukan perbuatan ini seumpama perkara ini perkara biasa dibenarkan..Bukan bersentuhan di kalangan bukan muhrim itu sudah terang haramnya..Bagaimana perspektif kta tentang isu ini..DIharapkan supaya semua membuka minda..Pertahankan lah Islam secara menyeluruh bukan hanya pada sesetengah perkara sahaja..Islam itu menyeluruh dan yang HARAM sudah pasti HARAM dan tak ada yang menghalalkannya..
 
Sumber: http://blogrealitys.blogspot.com/2013/08/hina-islam-movie-vs-realiti.html

Posting Komentar