
Kuala Lumpur: Pengacara dan bekas juruhebah terkemuka Hot FM, Faizal Ismail turut hadir pada majlis pelancaran i-insure iaitu insurans kemalangan diri berkonsep kad prabayar di ruang legar Giant Shah Alam, petang ini.
Polisi insurans kemalangan dan kematian berkenaan yang disediakan Multi-Purpose Insurans Bhd ditawarkan pada harga amat kompetitif hanya RM50 setahun untuk perlindungan RM50,000.
i-insure dijual dalam bentuk kad gores dengan nombor siri dan pengaktifan perlindungan dilakukan melalui SMS. Ia boleh didapati di kedai myNEWS.com, newsplus dan MAGBIT, layak untuk ahli myNEWS.com dan warga Malaysia berumur antara 18 hingga 65 tahun.
Selain Faizal, majlis pelancaran pada jam 3 petang ini di Giant Shah Alam turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi Multi-Purpose Insurans Bhd, Liew Yaw Lian.
Selain Faizal, majlis pelancaran pada jam 3 petang ini di Giant Shah Alam turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi Multi-Purpose Insurans Bhd, Liew Yaw Lian.
sumber:
Posting Komentar